Perpustakaan Desa Temuan kini dengan rasminya telah dibuka kepada umum. Perpustakaan ini merupakan hasil kerjasama diantara JKKKOA Desa Temuan, Pertubuhan Iqra' Malaysia, Persatuan Belia Desa Temuan, S.K Bukit Lanjan (A) dan penduduk. Perpustakaan ini diwujudkan untuk menjadi pusat sumber serta dapat menjadi pusat rujukan berkaitan Perkampungan Orang Asli Desa Temuan. Bilik perpustakaan ini pada awalnya merupakan Muzium Desa Temuan namun, atas faktor kurang mendapat sambutan, pihak pengurusan iaitu JKKKOA Desa Temuan mengubah suai muzium kepada perpustakaan yang lebih mendatangkan faedah kepada penduduk khususnya golongan kanak-kanak dan remaja. Proses pengubahsuain yang memakan masa selama seminggu meliputi kerja-kerja pembahagian bilik dan pengumpulan bahan pameran muzium yang dilaksanakan sendiri oleh JKKKOA dengan kerjasama Persatuan Belia Desa Temuan dan penduduk. Bahan bacaan yang ada merupakan hasil sumbangan Pertubuhan Iqra' Malaysia yang
Objektif Program ini dilaksanakan bagi membantu masyarakat di Desa Temuan dalam meningkatkan taraf hidup, dari segi sosial, ekonomi dan juga pendidikan. PERTUBUHAN IQRA' MALAYSIA telah mengambil Kg Orang Asli Desa Temuan sebagai projek kampong angkat sejak tahun 2015. Pelbagai aktiviti telah dijalankan. 2015 HARI IBU 2017 PROGRAM JALINAN MASYARAKAT program bersama Pertubuhan Iqra' Malaysia dengan Universiti Malaya dan Desa Temuan. Sesi bulan Februari - Mei 2017 Penglibatan 148 orang plajar UM tahun pertama Fakulti Undang-Undang di bawah Timbalan Dekan Dr Nadrahatul Wardah Menghasilkan perniagaan SUNDAY MARKET yang berlangsung sekali sebulan pada setiap Ahad minggu kedua. Pelbagai gerai makanan, minuman, barangan terpakai, kosmetik, mainan dan banyak lagi. 14 MEI 2017 HARI KELUARGA Desa Temuan telah mengundang 10 buah kampung orang asli di sekitar daerah Petaling dan Gombak untuk menyerikan lagi majlis.
Selamat Datang ke DESA TEMUAN, Damansara Perdana, Selangor. Komuniti Desa Temuan adalah warga Kg Orang Asli Desa Temuan yang terletak di Jalan PJU 8/6, Damansara Perdana, Selangor. Warga orang asli Desa Temuan di sini terdiri dari 1,105 penduduk asli Temuan. Komuniti Desa Temuan berbesar hati mengkongsi aktiviti-aktiviti dan perkembangan yang berlangsung di kampung.
Comments
Post a Comment