PERPUSTAKAAN DESA TEMUAN
Perpustakaan Desa Temuan kini dengan rasminya telah dibuka kepada umum. Perpustakaan ini merupakan hasil kerjasama diantara JKKKOA Desa Temuan, Pertubuhan Iqra' Malaysia, Persatuan Belia Desa Temuan, S.K Bukit Lanjan (A) dan penduduk. Perpustakaan ini diwujudkan untuk menjadi pusat sumber serta dapat menjadi pusat rujukan berkaitan Perkampungan Orang Asli Desa Temuan. Bilik perpustakaan ini pada awalnya merupakan Muzium Desa Temuan namun, atas faktor kurang mendapat sambutan, pihak pengurusan iaitu JKKKOA Desa Temuan mengubah suai muzium kepada perpustakaan yang lebih mendatangkan faedah kepada penduduk khususnya golongan kanak-kanak dan remaja. Proses pengubahsuain yang memakan masa selama seminggu meliputi kerja-kerja pembahagian bilik dan pengumpulan bahan pameran muzium yang dilaksanakan sendiri oleh JKKKOA dengan kerjasama Persatuan Belia Desa Temuan dan penduduk. Bahan bacaan yang ada merupakan hasil sumbangan Pertubuhan Iqra' Malaysia yang
Comments
Post a Comment