PERPUSTAKAAN DESA TEMUAN

Perpustakaan Desa Temuan kini dengan rasminya telah dibuka kepada umum. Perpustakaan ini merupakan hasil kerjasama diantara JKKKOA Desa Temuan, Pertubuhan Iqra' Malaysia, Persatuan Belia Desa Temuan, S.K Bukit Lanjan (A) dan penduduk. Perpustakaan ini diwujudkan untuk menjadi pusat sumber serta dapat menjadi pusat rujukan berkaitan Perkampungan Orang Asli Desa Temuan. 

     Bilik perpustakaan ini pada awalnya merupakan Muzium Desa Temuan namun, atas faktor kurang mendapat sambutan, pihak pengurusan iaitu JKKKOA Desa Temuan mengubah suai muzium kepada perpustakaan  yang lebih mendatangkan faedah kepada penduduk khususnya golongan kanak-kanak dan remaja. Proses pengubahsuain yang memakan masa selama seminggu meliputi kerja-kerja pembahagian bilik dan pengumpulan bahan pameran muzium yang dilaksanakan sendiri oleh JKKKOA dengan kerjasama Persatuan Belia Desa Temuan dan penduduk.

          Bahan bacaan yang ada merupakan hasil sumbangan Pertubuhan Iqra' Malaysia yang terlibat secara langsung dalam Program Komuniti Desa Temuan serta mereka juga terlibat dalam proses pengumpulan bahan bacaan dari kalangan penduduk di Desa Temuan dan kawasan Damansara Perdana. Terdapat pelbagai jenis bahan bacaan yang disediakan, diantaranya ilmiah, hiburan, agama serta pengetahuan am. 

     Selain menjadi pusat sumber, perpustakaan ini juga dijadikan tempat pengumpulan maklumat berkaitan Desa Temuan dari segi sejarah, kehidupan masyarakat, perubahan ekosistem dan sebagainya. Bahan-bahan tersebut diperoleh samada dari pihak Pemaju MK Land, Muzium Desa Temuan, malah ada diantaranya adalah dari koleksi peribadi penduduk Desa Temuan. Antara bahan yang berjaya dikumpulkan setakat ini adalah kraftangan, gambar, peta lama, maklumat batin dan sebagainya. Pihak JKKKOA Desa Temuan dengan kerjasama Persatuan Belia Desa Temuan masih lagi menjalankan kerja-kerja pengumpulan bahan rujukan khususnya yang mempunyai nilai estetika dan sejarah berkaitan Desa Temuan atau dulunya dikenali dengan nama Kg. Orang Asli Bukit Lanjan.

     Untuk Pengetahuan, perpustakaan ini dibuka setiap hari dari jam 1.00 petang hingga jam 8.00 malam untuk hari bekerja manakala pada hujung minggu perpustakaan akan beroperasi dari jam 10.00 pagi hingga 8.00 malam. Untuk permulaan, tiada perkhidmatan peminjaman buku disediakan kerana masih dalam proses penambahbaikan  dan pengumpulan bahan bacaan. 



   



















    Diharapkan dengan adanya perpustakaan di Desa Temuan ini, taraf pendidikan akan meningkat dan lebih ramai yang sedar tentang kepentingan pendidikan dalam pembentukan masyarakat yang maju dan berdaya saing.


Comments

Popular posts from this blog

PROGRAM KEMASYARAKATAN KOMUNITI DESA TEMUAN

Selamat Datang