Jemputan Jamuan Raya Harmoni

Pada 16 Julai 2017, bertempat di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, telah berlansungnya Jamuan Raya Harmoni hasil anjuran bersama tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Gabungan Dakwah Malaysia (GDM),Allied Coordinating Committe of Islamic NGOs (ACCIN)dan Gabungan Ahli Sunnah Malaysia (GASMA)dengan kerjasama ahli gabungan masing-masing. 


Dianggarkan seramai 4000 jemputan telah hadir bagi memeriahkan jamuan raya ini termasuk beberapa rumah anak yatim, pusat jagaan orang tua dan masyarakat antarabangsa.Turut diundang beberapa NGO bukan islam di sekitar Kuala Lumpur. Pihak penganjur turut mengundang orang awam dari kalangan bukan islam supaya mereka lebih memahami pelbagai perkara berkaitan islam dengan menyediakan 'Mosque Tour' sepanjang majlis berlansung.
Juadah tradisional masyarakat orang asli pun ada
Lemang Periuk Kera
Juadah bagi majlis ini telah Disumbangkan oleh Restoran Mohd Chan yang diwakili pemiliknya Datok Mohd Chan yang menyediakan beraneka juadah masyarakat Malaysia khususnya masakan cina muslim. Setiap NGO yang terlibat juga menyediakan juadah mengikut menu yang ditetapkan. Antara juadah yang menarik adalah menu tradisional orang asli, Lemang Periuk Kera dan ubi rebus di booth buffet Persatuan Iqra Malaysia (PIM). 

Antara tetamu yang hadir
Selain jamuan, pihak penganjur dengan kerjasama pengurusan Masjid Wilayah Persekutuan turut menyediakan aktiviti 'Mosque Tour' untuk golongan bukan islam supaya mereka lebih mengenali dan memahami perkara berkaitan islam. Mosque Tour yang julung kali diadakan telah menarik minat pelancong dari dalam dan luar negara. 

Kesimpulannya, Jamuan Raya Harmoni kali yang pertama ini berjaya mencapai objektif dan sasaran yg ditetapkan iaitu berkongsi pengetahuan berkaitan islam kepada golongan bukan islam dan memberi pemahaman tentang islam. Berikut adalah gambar-gambar sepanjang majlis berlansung..





Anak-anak Desa Temuan

























Makanan melayu pun ada
Golongan wanita dan kaum ibu Desa Temuan

Comments

Popular posts from this blog

PERPUSTAKAAN DESA TEMUAN

PROGRAM KEMASYARAKATAN KOMUNITI DESA TEMUAN

Selamat Datang